Sunday, 28 October 2012

KESIMPULAN


KESIMPULAN


        

           Setelah menjalankan kajian selama beberapa minggu, akhirnya kami dapat menyiapkan kajian ini. Kami telah mendapat banyak maklumat berkaitan tajuk kajian yang telah kami lakukan.

Sebelum kajian ini, kami hanya berpeluang melihat tumbuh-tumbuhan ini di internet. Tetapi, ketika lawatan, kami dapat mengenali pelbagai spesies pokok dan teruja apabila berada di dalam hutan sebenar. Ketika kami berada di Taman Botanikal Melaka dan Hutan Simpan Teriang, kami menemui banyak pokok-pokok yang tidak pernah kami ketahui dan jumpai seperti Cengal, Meranti Pa’ang, pakis resam, Balau Membatu dan lain-lain lagi. Kami dapat mengetahui nama-nama pokok berdasarkan maklumat yang diberi oleh En. Abd Halim dan juga papan tanda nama yang terdapat pada pokok-pokok di taman botanikal.

Setelah itu kami membuat carian di internet untuk mendapatkan nama saintifiknya. Dengan ini, kami dapat manambahkan ilmu pengetahuan tentang pelbagai spesies tumbuhan semulajadi dan kepentingannya.

            Selain itu,  kami dapat menyentuh serta mengutip daun-daun, biji benih, serpihan kayu dan bunga sewaktu berada di sana untuk dijadikan bahan yang akan kami gunakan ketika pembentangan. Pengalaman ini sangat bermakna buat kami.

           Jika sebelum ini, kami semua tidak pernah tahu tentang kebanyakan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di Malaysia. Dengan melakukan kajian ini,  kami dapat menambah ilmu pengetahuan kami. Kajian ini juga telah menyedarkan kami tentang kepentingan menjaga hutan dan tumbuh-tumbuhan di dalamnya. Kami menjadi lebih berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

TUMBUHAN-TUMBUHAN LAIN YANG DITEMUI


TUMBUHAN-TUMBUHAN LAIN YANG DITEMUI

POKOK PAKIS TANDOK RUSA

MENGKUANG PANDAN

BERTAM

TUMBUHAN MENJALAR