KESIMPULAN
Setelah menjalankan kajian selama
beberapa minggu, akhirnya kami dapat menyiapkan kajian ini. Kami telah mendapat
banyak maklumat berkaitan tajuk kajian yang telah kami lakukan.
Sebelum kajian ini, kami hanya berpeluang melihat tumbuh-tumbuhan ini di
internet. Tetapi, ketika lawatan, kami dapat mengenali pelbagai spesies pokok
dan teruja apabila berada di dalam hutan sebenar. Ketika kami berada di Taman
Botanikal Melaka dan Hutan Simpan Teriang, kami menemui banyak pokok-pokok yang
tidak pernah kami ketahui dan jumpai seperti Cengal, Meranti Pa’ang, pakis
resam, Balau Membatu dan lain-lain lagi. Kami dapat mengetahui nama-nama pokok berdasarkan
maklumat yang diberi oleh En. Abd Halim dan juga papan tanda nama yang terdapat
pada pokok-pokok di taman botanikal.
Setelah itu kami membuat carian di internet untuk mendapatkan nama
saintifiknya. Dengan ini, kami dapat manambahkan ilmu pengetahuan tentang
pelbagai spesies tumbuhan semulajadi dan kepentingannya.
Selain itu, kami dapat menyentuh serta mengutip
daun-daun, biji benih, serpihan kayu dan bunga sewaktu berada di sana untuk
dijadikan bahan yang akan kami gunakan ketika pembentangan. Pengalaman ini
sangat bermakna buat kami.
Jika sebelum ini, kami semua tidak
pernah tahu tentang kebanyakan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di
Malaysia. Dengan melakukan kajian ini, kami
dapat menambah ilmu pengetahuan kami. Kajian ini juga telah menyedarkan kami
tentang kepentingan menjaga hutan dan tumbuh-tumbuhan di dalamnya. Kami menjadi
lebih berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment