Monday 17 September 2012

SPESIES TUMBUHAN YANG DITEMUI


SPESIES TUMBUHAN YANG DITEMUI


1. POKOK MERANTI PA'ANG
    NAMA TEMPATAN : MERANTI PA'ANG
    NAMA BOTANI : Shorea bracteolata
    FAMILI : DIPTEROCARPACEAE


Gambar Pokok Meranti Pa'ang


Gambar Kayu Pokok Meranti Pa'ang 

 Gambar Damar Pokok
    
 2. POKOK MERANTI KEPONG
     NAMA TEMPATAN : MERANTI KEPONG
     NAMA BOTANI : Shorea ovalis
     FAMILI : DIPTEROCARPACEAE

Gambar Akar Banir

Gambar Kayu Pokok Meranti Kepong
  
 3. POKOK KERUING ARONG
      NAMA TEMPATAN : KERUING ARONG
      NAMA BOTANI : Dipterocarpus aplanatus
      FAMILI : DIPTEROCARPACEAE

   Gambar Pokok Keruing Arong                              

4. POKOK MEDANG
    NAMA TEMPATAN : POKOK MEDANG 
    NAMA BOTANI : Cinnamomum Sp.
    FAMILI : LAURACEAE

Gambar Pokok Medang



      5. POKOK BEMBAN BATU
        NAMA TEMPATAN : BEMBAN BATU
        NAMA BOTANI : Donax grandis
        FAMILI : MARANTACEAE

Gambar Pokok Bemban Batu

6. POKOK PENARAHAN 
    NAMA TEMPATAN : PENARAHAN
    NAMA BOTANI : Gymnacranthera Bancana
    FAMILI : MYRISTICACEAE

Gambar Anak Pokok Penarahan

7. POKOK PALAS DURI 
    NAMA TEMPATAN : PALAS DURI
    NAMA BOTANI : Licuala spinosa
    FAMILI : ARECACEAE


Gambar Pokok Palas Duri



8. POKOK KEKATONG
    NAMA TEMPATAN : KEKATONG 

    NAMA BOTANI : Cynometra malaccensis meeuwen

    FAMILI : CAESALPINIOIDEAE


Gambar Pokok Kekatong




        9. POKOK CENGAL 
        NAMA TEMPATAN : CENGAL
        NAMA BOTANI : Neobalanocarpus heimii
        FAMILI : DIPTEROCARPACEAE

Gambar Pokok Cengal

10. POKOK LUDAI
     NAMA TEMPATAN : LUDAI
     NAMA BOTANI : Sapium baccatum
     FAMILI : EUPHORBIACCEAE

Gambar Kayu Pokok Ludai


10. POKOK KARAS
     NAMA TEMPATAN : KARAS
     NAMA BOTANI : Aquilaria Malaccensis
     FAMILI : THYMELACACEAE


Gambar Pokok Karas


11. POKOK MAHANG MERAH
     NAMA TEMPATAN : MAHANG MERAH
     NAMA BOTANI : Macaranga triloba
     FAMILI : EUPHORBIACCEAE

Gambar Pokok Mahang Merah

11. POKOK MERAWAN BATU
     NAMA TEMPATAN : MERAWAN BATU
     NAMA BOTANI : Hopoa beccariana
     FAMILI : DIPTEROCARPACEAE

Gambar Daun Pokok Merawan Batu

11. POKOK PAKIS RESAM
     NAMA TEMPATAN : PAKIS RESAM
     NAMA BOTANI : Dicranopteris Linearis
     FAMILI : GLEICHENIACEAE

Gambar Pokok Pakis Resam

KAJIAN LAPANGAN 2


KAJIAN LAPANGAN 2

 Pada 18 Julai 2012, kumpulan kami telah membuat lawatan ke Taman Botanikal Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tumbuh-tumbuhan semulajadi.


            Berdasarkan maklumat yang kami perolehi di lapangan, kami mencari maklumat berkaitan tumbuh-tumbuhan yang kami temui di internet untuk maklumat yang lebih terperinci. Di sana, kami memperolehi banyak maklumat dan gambar-gambar tentang tumbuhan yang  kami kehendaki untuk menyiapkan tugasan kami.


            Kami diiringi oleh guru pengiring kami iaitu Pn. Nor Faezah dan beberapa guru lain. Pada masa itu, kami telah menemui  beberapa biji benih yang boleh kami gunakan untuk membuat pameran. Di situ terdapat pelbagai jenis spesies pokok yang menarik perhatian pengunjung. Antara spesies yang kami temui di sini ialah Meranti Pa’ang, Meranti Tembaga, Keruing, Pokok Karas, Pokok Medang, dan banyak lagi.

Taman ini juga menjadi tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana terdapat kemudahan berekreasi, taman herba, Kampung Buku Malaysia, kafeteria, Taman Orkid, Taman Prasejarah dan beberapa taman lagi.


            Hasil lawatan itu, kami mendapat banyak maklumat untuk melengkapkan folio kami tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia. 

KAJIAN LAPANGAN 1


KAJIAN LAPANGAN 1

Pada 28 Jun 2012, kumpulan kami telah membuat kajian lapangan untuk mengenalpasti beberapa spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di kawasan hutan berhampiran.

            Kawasan kajian kami ialah Hutan Simpan Teriang. Kami telah diiringi oleh guru pembimbing kami iaitu Pn. Nor Faezah dan juga En. Abd. Halim bin Abu yang juga merupakan salah seorang kakitangan jabatan perhutanan.

            Kami telah dibawa masuk di kawasan Hulu Petaseh. En. Abd Halim telah membawa kami masuk ke dalam Compartment 5 dan Compartment 16 Hutan Simpan Teriang.

            Pelbagai spesies dapat kami lihat. En. Abd. Halim memberikan kami maklumat tentang beberapa spesies yang kami temui. Beliau juga membantu kami mendapatkan contoh daun-daun tumbuhan yang boleh kami bawa pulang untuk dikeringkan dan dijadikan artifak. Beliau juga telah mengajar kami cara-cara untuk mengeringkan tumbuhan dengan kaedah yang betul.

            Berdasarkan maklumat yang kami perolehi di lapangan, kami mencari maklumat berkaitan tumbuh-tumbuhan yang kami temui di internet untuk maklumat yang lebih terperinci.

HUTAN HUJAN TROPIKA


HUTAN HUJAN TROPIKA


            Hutan Hujan Tropika atau dikenali juga sebagai hutan Khatulistiwa terletak di garisan lintang Khatulistiwa yang suhunya panas dan lembap sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 oC dan hujan antara 200-300 sentimeter setahun. Ia juga merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 70% daripada jumlah kawasan hutan di negara kita. Selain itu, Hutan Hujan Tropika merupakan juga tumbuhan semulajadi utama yang tumbuh di bumi Malaysia.
            Hutan Hujan Tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000meter. Hutan ini juga merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan.
            Pokok-pokok dalam Hutan Hujan Tropika ialah malar hijau. Malar hijau ialah tumbuhan yang berdaun hijau sepanjang tahun. Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok. Walaupun Hutan Hujan Tropika hanya meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi,tetapi hutan ini merupakan habitat bagi hampir dua per tiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi.

PENGENALAN PROJEK


PENGENALAN


 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. PBL mendedahkan murid dengan pengintegrasian kemahiran generik, teknologi peralatan, teknologi perisian, kemahiran literasi maklumat dan juga kemahiran mengurus.

            Untuk menjayakan pengintegrasian kemahiran ini, mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 telah dipilih. Tajuk yang telah dipilih ialah Keindahan Negara Kita. Berdasarkan subtopik flora dan fauna, projek yang akan dijalankan ini memberi tumpuan kepada kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di negara kita.

            Murid perlu menjalankan kajian secara ilmiah terlebih dahulu sebelum mereka dibawa untuk melihat spesies-spesies tumbuhan semulajadi yang terdapat di hutan negara kita. Mereka akan mendapatkan maklumat mengenai hutan hujan tropika Malaysia dan tumbuh-tumbuhannya di internet, perpustakaan dan melalui lawatan. Antara tempat yang akan mereka lawati ialah unit pengembangan dan pendidikan Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan dan juga Taman Botanikal Melaka.

            Dengan kerjasama Jabatan Perhutanan lagi, murid-murid akan dibawa melawati kawasan hutan simpan berhampiran untuk melihat sendiri pelbagai spesies yang boleh mereka temui. Mereka juga akan mengambil gambar-gambar yang berkaitan dan juga contoh-contoh tumbuhan yang mereka temui dengan bantuan kakitangan Jabatan Perhutanan. Contoh-contoh tumbuhan ini akan mereka keringkan untuk dijadikan artifak yang akan digunakan sebagai salah satu bahan pameran ketika pembentangan. Mereka juga perlu mendapatkan maklumat tentang nama, nama spesies, famili dan beberapa lagi maklumat tambahan mengenai tumbuhan yang berjaya dikumpulkan.

            Minggu-minggu yang seterusnya, apabila semua bahan dan maklumat telah diperolehi, murid-murid akan memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk folio. Kemudian, mereka juga perlu menghasilkan persembahan dalam bentuk Power Point dan mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan guru-guru dan juga rakan-rakan mereka untuk dinilai. Persembahan hasil kerja mereka akan diiringi dengan bahan-bahan pameran yang telah mereka hasilkan seperti gambar-gambar, contoh-contoh tumbuhan, brosur, dan beberapa lagi bahan yang lain.

            Setelah dinilai, murid-murid yang membuat persembahan hasil kerja yang terbaik akan dipilih untuk menyertai pertandingan. Mereka akan menambah baik hasil kerja mereka supaya dapat disesuaikan dengan pertandingan yang akan disertai.