Monday 17 September 2012

KAJIAN LAPANGAN 1


KAJIAN LAPANGAN 1

Pada 28 Jun 2012, kumpulan kami telah membuat kajian lapangan untuk mengenalpasti beberapa spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di kawasan hutan berhampiran.

            Kawasan kajian kami ialah Hutan Simpan Teriang. Kami telah diiringi oleh guru pembimbing kami iaitu Pn. Nor Faezah dan juga En. Abd. Halim bin Abu yang juga merupakan salah seorang kakitangan jabatan perhutanan.

            Kami telah dibawa masuk di kawasan Hulu Petaseh. En. Abd Halim telah membawa kami masuk ke dalam Compartment 5 dan Compartment 16 Hutan Simpan Teriang.

            Pelbagai spesies dapat kami lihat. En. Abd. Halim memberikan kami maklumat tentang beberapa spesies yang kami temui. Beliau juga membantu kami mendapatkan contoh daun-daun tumbuhan yang boleh kami bawa pulang untuk dikeringkan dan dijadikan artifak. Beliau juga telah mengajar kami cara-cara untuk mengeringkan tumbuhan dengan kaedah yang betul.

            Berdasarkan maklumat yang kami perolehi di lapangan, kami mencari maklumat berkaitan tumbuh-tumbuhan yang kami temui di internet untuk maklumat yang lebih terperinci.

No comments:

Post a Comment