Monday 17 September 2012

HUTAN HUJAN TROPIKA


HUTAN HUJAN TROPIKA


            Hutan Hujan Tropika atau dikenali juga sebagai hutan Khatulistiwa terletak di garisan lintang Khatulistiwa yang suhunya panas dan lembap sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 oC dan hujan antara 200-300 sentimeter setahun. Ia juga merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 70% daripada jumlah kawasan hutan di negara kita. Selain itu, Hutan Hujan Tropika merupakan juga tumbuhan semulajadi utama yang tumbuh di bumi Malaysia.
            Hutan Hujan Tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000meter. Hutan ini juga merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan.
            Pokok-pokok dalam Hutan Hujan Tropika ialah malar hijau. Malar hijau ialah tumbuhan yang berdaun hijau sepanjang tahun. Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok. Walaupun Hutan Hujan Tropika hanya meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi,tetapi hutan ini merupakan habitat bagi hampir dua per tiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi.

No comments:

Post a Comment